Pages

Thursday, May 14, 2009

ALUMNI OF SMACH WIND ORCHESTRA REUNION 2009

LAPORAN MAJLIS REUNION ALUMNI SMACH WIND ORCHESTRA TAHUN 2009


Baru-baru ini, Alumni SMACH Wind Orchestra telah mengadakan majlis reunion yang amat menyeronokkan. Maklumat reunion adalah seperti berikut:


Tempat : Pantai Irama. Bachok

Tarikh : 9 Mei 2009 (Sabtu)

Masa : 3 petang – 7 petang


Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk mengumpulkan kembali semua bekas ahli SMACH Wind Orchestra yang telah tamat persekolahan dan yang telah terpisah beberapa tahun yang lalu di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.


Tetamu yang hadir pada majlis reunion tersebut adalah terdiri dari bekas pelajar batch #0004# hingga batch #0408# dan diserikan lagi dengan kehadiran guru penasihat SMACH Wind Orchestra yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami iaitu Tuan Noriman Raja Senik dan isterinya Puan Suzaini Adnan.


Sepanjang majlis tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Salah satu daripadanya ialah BBQ yang mana merupakan aktiviti utama kami pada hari tersebut. Kami juga telah disajikan dengan pelbagai jenis juadah yang amat menyelerakan. Selain itu,sesi cabutan bertuah telah diadakan untuk memeriahklan lagi majlis pada hari tersebut. Majlis tersebut tidak berakhir dengan begitu sahaja. Majlis diteruskan lagi dengan perlantikan ahli jawatankuasa tertinggi sementara Alumni SMACH Wind Orchestra. Perlantikan jawatankuasa sementara tersebut adalah seperti berikut:


ORGANISASI SEMENTARA ALUMNI SMACH

WIND ORCHESTRA


Pengerusi : Wan Mohamad Erfan bin Wan Mustafa

Naib Pengerusi : Nik Mohd Haziq bin Nik Alwi

Setiausaha : Muhammad Irfan bin Ab Aziz

Bendahari : C. W. Salma bt C. W. Zalati

AJK

#0004# : Zulzareef bin Zulkifli

#0105# : Amin

#0206# : M.Faiz bin Md Shukri

#0307# : Mohd Ridzuan bin Hamid

#0408# : Muhammad Shahrul Azrin bin Mohamad Din


Kami juga telah mengisi masa kami dengan bermain bola sambil menikmati angin pantai sebelum pulang ke rumah masing-masing.


Lebih kurang pukul 7.00 petang, semua tetamu dan guru penasihat mulai bersurai. Majlis berjalan dengan lancar. Walaupun letih, kami berasa amat gembira kerana dapat bersua kembali setelah terpisah untuk beberapa tahun. Diharapkan majlis sebegini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,

------------------------------------------------

(MUHAMMMAD IRFAN BIN AB AZIZ)

Setiausaha,

Alumni SMACH Wind Orchestra.